Halaman


0 ulasan

Sumbangan Ikhlas


29 Mac 2010, Hajjah Rohaya bt. Madon (PKPentadbiran) sedang menyamapaikan sumbangan ikhlas kepada Pn. Che Minah bt. mamat isteri Allahyarham En. Apri bin Mahmud, bapa kepada salah seorang murid sekolah ini. Derma ini hasil kutipan daripada semua warga StripleK.

0 ulasan

Ceramah Anti Dadah

29 Mac 2010, Ceramah Anti Dadah diadakan di Dewan Sri Budiman, SK. Kuala Krai oleh Cik Hazirah, Pen. Pegawai Agensi Anti Dadah Kuala Krai.


0 ulasan

Pelancaran Minggu Anti Dadah dan Sifar Ponteng















28 Mac 2010, Pelancaran Minggu Anti Dadah dan Sifar Ponteng telah dirasmikan oleh Konstabel Mohd. Sofyan bin Basni, Timbalan Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD. Kuala Krai. Beliau sedang memotong reben pada Poster dan membakar replika dadah. Yang Berusaha Tuan Guru Besar, Haji Mahadi bin Hassan turut serta mengiringi bagi memeriahkan majlis.

0 ulasan

Pertukaran PK. Kokurikulum StripleK Diganti
















TAHNIAH!
Kami di SK. Kuala Krai telah kehilangan seorang PK. yang sangat berkaliber dalam bidang kokurikulum.

Kekosongan tersebut dipenuhi pada hari ini 24 Mac 2010. Ustazah Noryana dari SK. Belukar, Machang telah dihantar oleh rombongan warga SK. Belukar dan disambut oleh warga SK. Kuala Krai dengan seadanya.
SELAMAT DATANG DARI KAMI SEMUA!

1 ulasan

Sambutan Maulidur Rasul 2010





11 Mac 2010 Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan. Bermula jam 8.30 pagi perarakan mengelilingi pekan Kuala Krai telah diadakan dengan kawalan keselamatan oleh unit trafik PDRM Kuala Krai. Hj. Mahadi bin Hasaan, Guru Besar turut serta dalam perarakan tersebut. 10.00 pagi, ceramah maulud disampaikan oleh Alfadhil Ustaz Rosdi bin Zakaria dari SMK. Manek Urai. 11.30 pagi acara dewan dimulakan. Jam 12.30 tengah hari jamuan diadakan. Ramai tetamu yang hadir termasuk Hj. Zulkifli bin Mohd. Noor, Pegawai Pelajaran Daerah K. Krai dan juga ketua-ketua jabatan daerah Kuala Krai. Di atas adalah gambar-gambar sekitar sambutan tersebut.










1 ulasan

Persiapan Sambutan MaulidurRasul 2010


Masing-masing tunjuk
kekuatan tenaga
memotong daging
Bila dah penat,
minumlah dulu.......

Hoi...... banyak lagi ni
Tolong potong cepat-cepat
sikit.

0 ulasan

Lawatan KPP. Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan





























9 Mac 2010, Lawatan Hjh. Siti Meriam bt. Mohmed, KPP Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, JPN Kelantan ke asrama SK. Kuala Krai. Turut mengiringi En. Ruslim bin Che Hassan, Penyelia Pelajaran Kanan (Asrama) JPN. Kelantan. En. Ramali bin Deraman, Pen. PPD Pengurusan Kemanusiaan, PPD. K. Krai hadir sama dalam lawatan tersebut.




0 ulasan

Kempen Menangani Disiplin

Ahad, 7 Mac 2010

Pn. Aida bt Abdullah, Penolong PPD Kuala Krai merangkap Penghulu SK Kuala Krai sedang berucap semasa pemantauan perhimpunan pagi. Dalam perhimpunan tersebut, beliau menerangkan betapa pentingnya disiplin dalam membentuk sahsiah diri seseorang pelajar.




















1 ulasan

Peraturan Keluar Kelas


Pemakaian Vest dimestikan setiap kali murid keluar kelas

0 ulasan

Program Nur Iman

19 Februari 2010

Nur Iman kepada penghuni asrama pada hujung minggu. Program ini bertujuan memantapkan fardhu ain di samping mengisi masa lapang ketika penghuni tidak dibenarkan pulang ke kampung.
Setiap penghuni dipanggil secara bergilir-gilir untuk menjawab
soalan-soalan Fardhu Ain

Latihan dalam kumpulan

0 ulasan

Majlis Perpisahan

Imbauan...
13 Januari 2010

Majlis Perpisahan Penolong Kanan HEM, Ustaz Omar bin Ahmad ke SK Batu Jong. Warden Asrama, Ustaz Zahari bin Mutalib ke SK Sg Sok.



En. Zulkifli bin Ariffin, Warden baru menyampaikan cenderahati kepada Ust. Omar


Pn. Rohaya bt Madon, PKP menyampaikan cenderahati kenangan kepada Ust. Zahari


Penender asrama, En. Kamal bermurah hati menyampaikan cenderahati kepada Ust. Omar

0 ulasan

Pelantikan Ketua dan Pen. Ketua Murid 2010

Pada 28 Februari 2010, jam 8:08:46, majlis pelantikan Ketua dan Penolong Ketua Murid telah disempurnakan oleh Tuan Guru Besar, Haji Mahadi bin Hassan.

Majlis disertai oleh semua Guru dan Murid.

0 ulasan

Muqaddimah


Bismillah...


Dengan Nama Allah aku memulakan penulisan ini.
InsyaAllah...semua selamat.